NOTIS PERLANJUTAN TEMPOH PEMBAHARUAN PENDAFTARAN BAGI TAHUN 2025
Kepada semua Ahli Geologi dan Pengamal Berdaftar,
Notis ini adalah makluman bahawa Lembaga telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh akhir pembaharuan pendaftaran kepada 30 JUN 2025.
NOTIS PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PENILAIAN PROFESIONAL LEMBAGA AHLI GEOLOGI MALAYSIA
Di bawah Akta 689, Seksyen 4 (1)(h) iaitu menjalankan peperiksaan bagi penerimaan masuk ke dalam profesion geologi, pihak Lembaga Ahli Geologi mengambil keputusan untuk menjalankan penilaian profesional untuk melayakkan ahli berdaftar sebagai ahli geologi professional (P.Geol.)
Siri pertama peperiksaan bagi tahun 2025 akan berlangsung pada 25 April 2025 (Jumaat) bagi Bahagian I, mengandungi 40 soalan selama 45 minit. Link bagi sesi ini akan dibuka dari pukul 10 pagi sehingga 12 tengahari secara atas talian dengan menggunakan peranti sendiri di premis masing-masing.
NOTIS PEMBAHARUAN PENDAFTARAN BAGI TAHUN 2025
Kepada semua Ahli Geologi dan Pengamal Berdaftar,
Notis ini adalah makluman bahawa kesemua Sijil Pendaftaran bagi tahun 2024 akan tamat tempoh pada 31 Disember 2024 selaras dengan Seksyen 20, Akta Ahli Geologi 2008. Pembaharuan pendaftaran bagi tahun 2025 boleh dilakukan dengan membayar Fi Pembaharuan Pendaftaran, dikemukakan bersama Borang F dan Lampiran C (mata kredit CPD). Fi Pembaharuan Pendaftaran tersebut boleh dibayar bermula pada 15 November 2024 sehingga 31 Januari 2025. Bayaran boleh dibuat dalam bentuk tunai atau perbankan/CDM /draf bank/cek dibayar kepada
‘Lembaga Ahli Geologi’ Maybank. Nombor Akaun : 5640-5252-2670
Berkenaan mata CPD, semua ahli geologi perlulah mengumpul dan mengemukakan sebanyak 10 mata kredit CPD, melainkan individu yang berusia 60 tahun ke atas hanya perlu mengumpul 5 mata kredit CPD sahaja. Borang Penyerahan CPD kini boleh diakses melalui pautan berikut:
🔗 Borang Penyerahan CPD - https://www.bog.gov.my/penyerahan-cpd
Bukti pembayaran hendaklah dikemukakan bersama Borang F (Borang Pembaharuan Pendaftaran) dan Lampiran C (Borang mata kredit CPD bersama bukti penyertaan/kehadiran), dihantar ke pejabat Lembaga Ahli Geologi Malaysia dengan sendiri atau melalui post/fax atau diemelkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..Kegagalan mengemukakan dokumen-dokumen yang dinyatakan akan menyebabkan Pembaharuan Pendaftaran anda tidak dapat diproses. Subseksyen 35(2), Akta Ahli Geologi 2008 terpakai bagi individu-individu yang lewat memperbaharui Pendaftaran bagi tahun 2025.
Daftar Kelayakan
Lembaga Ahli Geologi Malaysia dalam mesyuarat kali ke-41 pada 25 Jun 2024 telah meluluskan Daftar Kelayakan bagi permohonan pendaftaran ahli geologi menurut Akta Ahli Geologi 2008 [Akta 689]. Daftar Kelayakan ini disediakan selaras dengan kehendak Seksyen 20(1) dan Sek. 20(3) Akta Ahli Geologi 2008, dan Peraturan 10(1) Peraturan Pendaftaran Ahli Geologi 2015.
Pelepasan Cukai Individu Bagi Bayaran Fi Badan Ikhtisas
Yuran Kepada Badan Profesional – Yuran kepada badan profesional berhubung keahlian untuk mengekalkan kedudukan profesion berkaitan dan menjalankan pekerjaan dibenarkan sebagai tolakan, contohnya yuran profesion perubatan atau guaman.
Yuran tersebut boleh ditolak dari Penggajian kasar (seperti di dalam EA). Amaun perlu diisi dalam ruangan Pendapatan berkanun penggajian (amaun penggajian bersih yang telah ditolak yuran professional). Panduan pengiraan pendapatan larasan bagi punca penggajian boleh dirujuk pada muka surat 10 Ketetapan Umum No. 5/2022 - PENCUKAIAN INDIVIDU BERMASTAUTIN BAHAGIAN II - PENGIRAAN JUMLAH PENDAPATAN DAN PENDAPATAN YANG BOLEH DIKENAKAN CUKAI.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Majlis Peluncuran Pelan Strategik Lembaga Ahli Geologi 2023-2040
Menyedari tentang pentingnya pelan strategik bagi sesebuah organisasi, Lembaga Ahli Geologi Malaysia (BoG) telah menubuhkan satu pasukan petugas untuk membangunkan Pelan Strategik BoG 2023-2040 melalui gabungan pendekatan perancangan senario dan perancangan strategik.
Pelan Strategik BoG 2023-2040 ini berjaya diluncurkan oleh Yang Berhormat Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bersama Pengerusi BoG, Datuk P.Geol. Zamri bin Ramli dalam Perhimpunan Bulanan NRES bertempat di Auditorium JAKIM, Pusat Islam Putrajaya pada 14 Mac 2024.