Notis Peringatan Tuntutan Resit Bayaran 2022
Kepada semua Ahli-Ahli Geologi dan Pengamal Berdaftar,
Sekiranya anda ada melakukan apa-apa transaksi ke dalam akaun Lembaga Ahli Geologi Malaysia (BoG) sama ada untuk Fi Proses, Fi Pendaftaran Pertama, Fi Pembaharuan Pendaftaran atau apa-apa sahaja tujuan pembayaran lain, sila pastikan anda telah menerima perakuan pembayaran tersebut. Sekiranya anda masih belum menerima sebarang perakuan yang berkaitan (Resit Rasmi bayaran atau Sijil Perakuan Pendaftaran), sila hubungi pegawai kami di talian 012-7517014 (Cik Nooramiera) untuk bantuan.
Notis Mata Cpd Bagi Ahli Yang Bergiat Dalam Industri Minyak Dan Gas
Sesi perbincangan khas akan diadakan bagi menyelaras kaedah memperaku mata CPD bagi aktiviti berbentuk kursus dalaman (in-house training) bersama wakil-wakil dari bidang minyak dan gas.
Sebagai permulaan, bagi ahli yang bergiat dalam industri ini, mereka hendaklah mengemukakan Lampiran C berserta senarai kursus-kursus dalaman yang telah dihadiri dengan dilengkapi bukti kehadiran.
A special session will be held with the oil and gas representatives to coordinate a system for certifying CPD points from in-house training activities.
For a start, members are required to submit Appendix C along with the list of the in-house trainings and proof of attendance.
Notis Pendaftaran Firma Perunding Geologi Tahun 2020
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui surat bertarikh 23 Januari 2020 telah meluluskan permohonan untuk mewujudkan kod bidang geologi di bawah perkhidmatan perunding fizikal, bidang bukan kejuruteraan dalam perolehan kerajaan iaitu Kod 330211 – Geologi. MOF telah mensyaratkan bahawa firma dan individu tempatan/asing yang ingin berdaftar dengan MOF dalam bidang perkhidmatan perunding fizikal di bawah kod Geologi hendaklah terlebih dahulu berdaftar dengan BoG.
Sehubungan dengan itu, BoG akan mula mendaftar firma perunding geologi bermula pada 22 Jun 2020. BoG telah menyediakan Garis Panduan Pendaftaran dan Tatacara Permohonan untuk rujukan firma perunding geologi yang ingin berdaftar dengan BoG.