Nama: EN. EDWIN JAMES
No. Pendaftaran: PG 1540
Lembaga Ahli Geologi dalam Mesyuarat Lembaga Ke-43 (Bil. 1/2025) telah meneliti dan menimbangkan kes EN. EDWIN JAMES selaras dengan peruntukan seksyen 33 Akta Ahli Geologi 2008 (Akta). Berdasarkan kepada keputusan penghakiman Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, Sabah sebagaimana NO. KES: BKI-83-399-3/2024 dan NO. KES: BKI-83-340-3/2024, Lembaga mendapati bahawa EN. EDWIN JAMES telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 33(1)(a) Akta.
Sehubungan dengan itu, Lembaga memerintahkan penggantungan pendaftaran EN. EDWIN JAMESsehingga 30 September 2025, menurut peruntukan seksyen 33(2)(c) Akta. Selaras dengan peruntukan seksyen 33(5) Akta, beliau hendaklah berhenti menjalankan apa-apa hak atau keistimewaan yang diberikan kepada beliau di bawah Akta.