Lembaga Ahli Geologi Malaysia (BOG) akan menganjurkan Sesi Townhall pada 10 September 2025 (Rabu), jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Hotel Zenith, Putrajaya.

Program ini akan dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Datuk P.Geol. Zamri bin Ramli, Pengerusi BOG, diikuti pembentangan mengenai Pemahaman dan Tambahbaik Akta Ahli Geologi, serta Forum Terbuka dan Sesi Soal Jawab bersama panel jemputan.

Pendaftaran adalah terbuka kepada semua, namun terhad kepada 100 orang sahaja. Peserta yang hadir layak menerima 2 Mata Kredit CPD.

Sila daftar di pautan berikut: Daftar Sekarang

WhatsApp Image 2025 08 27 at 15.51.46

aturcara townhall