bzn cgtYB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah meluluskan pelantikan Encik Mohd Badzran Mat Taib sebagai anggota Lembaga Ahli Geologi Malaysia bagi menggantikan Dr. Saim bin Suratman yang telah bersara daripada perkhidmatan awam. Encik Mohd Badzran akan memegang jawatan sebagai anggota Lembaga sehingga 30 November 2017, ia itu baki tempoh pelantikan anggota yang digantinya itu. Semua anggota Lembaga Ahli Geologi Malaysia mengucapkan tahniah serta mengalu-alukan pelantikan beliau ke jawatan tersebut dan semoga beliau sama-sama dapat memberi sumbangan ke arah kecemerlangan profesyen geologi.