With reference to the earlier notice on registration renewal, please be reminded that the deadline for your renewal fee payment is on the 31 January 2018. To ensure continuity in your registration status, you are required to renew your registration with immediate effect. Renewal of registration can be made by applying using the Form F with renewal fee paid according to the respective registration categories. If you fail to do so until January 31st 2018, your name will be removed from the Board’s Register in accordance with the provisions of Section 34(b) of Geologists Act 2008.

Registrar.


PERINGATAN: PEMBAHARUAN PENDAFTARAN 2018 – TARIKH AKHIR 31 JANUARI 2018

Merujuk notis sebelum ini mengenai pembaharuan pendaftaran, saya ingin memberi peringatan bahawa tarikh akhir bayaran fi pembaharuan pendaftaran adalah pada 31 Januari 2018. Untuk memastikan kesinambungan status pendaftaran, anda diingatkan supaya memperbaharui pendaftaran tersebut dengan kadar segera. Pembaharuan pendaftaran boleh dibuat melalui permohonan menggunakan Borang F dengan bayaran fi pembaharuan mengikut kategori masing-masing. Sekiranya anda gagal berbuat demikian sehingga 31 Januari 2018, nama anda akan dipotong daripada Daftar Lembaga mengikut peruntukan Seksyen 34(b) Akta Ahli Geologi 2008.

Pendaftar.