DSCF1909

Pada 22 Jun 2022, Lembaga Ahli Geologi Malaysia (BoG) dengan kerjasama Persatuan Perunding dan Perkhidmatan Geosains Malaysia (MyGeo) telah mengadakan sesi “Brainstorming on Way Forward for Geoscience Industry” bertempat di Palm Garden Hotel Putrajaya.

Kerjasama ini bertujuan sebagai penyediaan Kertas Putih untuk dikemukakan kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) bagi merancakkan program geologi dan seterusnya meningkatkan ekonomi negara hasil pembangunan industri geologi. Perkara yang menjadi fokus dalam penyediaan Kertas Putih ini adalah untuk pelaksanaan projek geosains dengan impak serta – merta, perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk industri geosains, menyumbang idea bagaimana industri boleh menbantu kerajaan meransang industri geosains dan ekonomi negara secara menyeluruh dan meningkatkan kerjasama antara sektor swasta-kerajaan-akademik.

Sesi yang berlansung dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang menfokuskan perbincangan di dalam tiga (3) bidang geologi: mineral, geohazard dan groundwater. Ahli jemputan dipecahkan mengikut kepakaran geologi masing-masing seterusnya berbincang langkah-langkah dan perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk mencapai objektif penyediaan Kertas Putih. Agenda kemuncak untuk sesi “brainstorming” ini adalah pembentangan oleh wakil-wakil industri hasil perbincangan dalam kumpulan kepakaran mereka dan perbincangan mengenai idea-idea tersebut bersama para jemputan. Idea – idea tersebut akan digunakan sebagai input industri bagi penyediaan Kertas Putih kelak.