Di bawah Akta 689, Seksyen 4 (1)(h) iaitu menjalankan peperiksaan bagi penerimaan masuk ke dalam profesion geologi, pihak Lembaga Ahli Geologi mengambil keputusan untuk menjalankan peperiksaan naik taraf ahli geologi siswazah berdaftar kepada ahli geologi professional (P.Geol.)

Calon akan dinilai melalui dua mod peperiksaan penilaian profesional yang akan dijalankan secara berterusan, iaitu:

  • Peperiksaan Bahagian I; Peperiksaan Umum – Aneka Pilihan secara atas talian berkenaan Akta 689, Health Safety Environment, etika profesionalisme)
  • Peperiksaan Bahagian II; Penilaian secara Lisan untuk bidang amalan geologi (Oral Interview)

Siri pertama peperiksaan ini akan berlangsung dalam suku kedua tahun 2023 (dijangka pada 20 Jun 2023) secara atas talian dengan menggunakan peranti sendiri di premis masing-masing. Bagi siri pertama peperiksaan ini, tumpuan akan diberikan kepada ahli berdaftar yang mempunyai 7 tahun pengalaman praktikal, termasuk ahli di Sabah dan Sarawak.

Pemakluman berkenaan peperiksaan naik taraf ini akan diemelkan kepada calon peperiksaan yang berkelayakan dan calon tersebut boleh mengemukakan permohonannya kepada Lembaga untuk menduduki peperiksaan penilaian profesional menurut subseksyen 20(2) Akta 689 dalam borang yang dinyatakan berserta dengan fi yang dinyatakan dalam Jadual Kedua (Peraturan-Peraturan Ahli Geologi 2015) Sebanyak RM200.

Muat Turun Garis Prosedur Operasi Standard Pengendalian Peperiksaan Penilaian Profesional Lembaga Ahli Geologi Malaysia;