Lembaga Ahli Geologi Malaysia (LAGM) sebagai badan berkanun yang bertanggungjawab sebagai pengawalselia kelakuan dan etika profesional profesion geologi, amat menitikberatkan kepentingan integriti dalam kalangan ahli geologi di negara ini. Integriti yang baik juga penting bagi memastikan pengurusan LAGM bebas daripada peluang untuk salahlaku yang boleh memberi kesan negatif kepada LAGM dalam melaksanakan tugas berdasarkan fungsi – fungsi yang termaktub di dalam Akta Ahli Geologi 2008 [Akta 689].

Bagi menyahut seruan kerajaan dalam usaha untuk memperkukuhkan integriti organisasi LAGM berdasarkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019 – 2023, LAGM telah membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Lembaga Ahli Geologi Malaysia 2023 – 2027 untuk bertindak sebagai garis panduan kepada LAGM dalam menambahbaik dan mengekalkan tahap integriti yang tinggi dalam kalangan anggota LAGM.

LAGM berharap dengan pembangunan dan pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Lembaga Ahli Geologi Malaysia 2023 – 2027 ini, LAGM dapat terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ahli geologi di negara ini disamping menjalankan fungsi – fungsi lain LAGM tanpa kompromi oleh kerana salahlaku integriti. LAGM juga berharap ahli – ahli geologi di negara ini dapat turut serta bersama LAGM dalam menyahut cabaran dalam menanam semangat integriti dalam diri mereka.

1 Pelan OACP LAGM 14032023 V2.pdf
Popular 1.8 MB 849
03/05/2023 15:58:37