Di bawah Akta 689, Seksyen 4 (1)(h) iaitu menjalankan peperiksaan bagi penerimaan masuk ke dalam profesion geologi, pihak Lembaga Ahli Geologi mengambil keputusan untuk menjalankan penilaian profesional untuk melayakkan ahli berdaftar sebagai ahli geologi professional (P.Geol.)
Calon akan dinilai melalui dua mod peperiksaan penilaian profesional yang akan dijalankan secara
berterusan, iaitu:
- Peperiksaan Bahagian I; Peperiksaan Umum – Aneka Pilihan secara atas talian berkenaan Akta 689, Health Safety Environment, etika profesionalisme)
- Peperiksaan Bahagian II; Penilaian secara Lisan untuk bidang amalan geologi (Oral Interview)
Siri kedua peperiksaan bagi tahun 2023 ini akan berlangsung pada 7 Disember 2023 secara atas talian dengan menggunakan peranti sendiri di premis masing-masing. Bagi siri kedua peperiksaan ini, tumpuan akan diberikan kepada ahli berdaftar yang mempunyai 7 tahun pengalaman praktikal, termasuk ahli di Sabah dan Sarawak.
Semua pemohon yang layak dan berminat untuk mengambil peperiksaan ini dikehendaki menyerahkan borang permohonan yang lengkap serta dokumentasi sokongan berikut:
(i) Borang permohonan (Borang J) yang lengkap
(ii) Salinan kad pengenalan atau dokumen pengenalan sebagai bukti kewarganegaraan semasa.
(iii) Bukti bayaran fi peperiksaan (RM200). Permohonan untuk peperiksaan tidak akan diproses tanpa bukti pembayaran fi peperiksaan
(vi) Kurikulum Rekod Vitae - amalan dalam bidang Geosains.
Permohonan boleh dikemukakan dengan mengepilkan semua dokumen yang diperlukan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.