Lembaga Ahli Geologi Malaysia dalam mesyuarat kali ke-41 pada 25 Jun 2024 telah meluluskan Daftar Kelayakan bagi permohonan pendaftaran ahli geologi menurut Akta Ahli Geologi 2008 [Akta 689]. Daftar Kelayakan ini disediakan selaras dengan kehendak Seksyen 20(1) dan Sek. 20(3) Akta Ahli Geologi 2008, dan Peraturan 10(1) Peraturan Pendaftaran Ahli Geologi 2015. Daftar Kelayakan ini mengandungi senarai kelulusan ijazah dalam negara, ijazah luar negara dan ijazah bagi pendaftaran ahli geologi asing. Lembaga akan menyemak Daftar Kelayakan ini dari semasa ke semasa.