Adalah dimaklumkan bahawa berkuatkuasa Jumaat 29 Disember 2017, Pejabat Lembaga Ahli Geologi (BoG) Malaysia akan berpindah ke alamat seperti berikut:

Lembaga Ahli Geologi
Aras 8, Menara PJH
No. 2 Jalan Tun Abdul Razak
Presint 2
62100 PUTRAJAYA

Sehubungan itu rangkaian Internet akan ditutup mulai 22 Disember 2017. Oleh yang demikian, segala urusan dalam talian akan tergendala bermula pada tarikh tersebut sehingga 27 Disember 2017. Pejabat BoG dijangka beroperasi semula selewat-lewatnya pada hari Isnin 15 Januari 2018. Kami berharap dapat berurusan dengan anda di premis baru kelak.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Terima kasih.

Pendaftar
Lembaga Ahli Geologi
Malaysia.